Image hosted by TinyPic.com
Pandangan Hidup
 
Wednesday, June 15, 2005
C.a.i.R
Kenapa perlu ada suara yang kata aku akan tertawan pada rupa paras??
Kenapa perlu ada suara yang kata aku akan tertarik pada kecantikan??
Kenapa perlu ada suara yang kata aku akan terpegun pada keayuan??

Cantik!! Memang cantik!!
Ayu!! Memang ayu!!
Manis!! Memang manis!!

Bukanlah niat untuk menidakkan apa yang iya dan mengiyakan apa yang tidak.

Yang iya diiyakan..
Yang tidak ditidakkan..

Lumrah alam.. sememangnya manusia itu akan tertarik pada kecantikan!!

Aku juga begitu!! Tapi tidaklah sampai melupakan siapa yang bertakhta dihati ini!!
Aku juga begitu!! Tapi tidaklah sampai membelakangkan tuan yang empunya jiwa ini!!
Aku juga begitu!! Tapi tidaklah sampai menidakkan apa yang iya & mengiyakan apa yang tidak!!

Yang dahulu.. didahulukan
Yang kemudian.. dikemudiankan

Kerana "PaNDaNGaN PeRTaMa CiNTa" berbeza dari "CiNTa PaNDaNGaN PeRTaMa"
posted by FeNDie @ 4:20 PM   0 comments
Monday, June 13, 2005
LaTaR BeLaKaNG
Setelah beberapa ketika aku membuat pilihan terhadap koleksi lagu melayu yang aku miliki, akhirnya aku membuat keputusan untuk menggunakan lagu "aLaHai aNaK oMaK" sebagai muzik latar bagi blog "PaNDaNGaN HiDuP" aku ini.

Bukan sahaja kerana keunikan loghat yang digunakan dalam penyampaian lagu tersebut, tetapi maksud yang tersirat dan tersurat disebalik liriknya juga membuat aku berfikir panjang. Banyak persamaan antara lagu ini dan diri aku... dan yang paling ketara adalah.... aKu aNaK eMaK!!


Mak.. ooo mak!!
Mano pulak poie eh oghang tuo nih??
Sonyap yo.
Dah lolap agak eh?

Mak..
Capo pulak terlomak lomak tongah malam buto nih??
Eh capo dio tu??
Ujang.. anak omak..

Ekau jang??
Iyo.. ujang..

Alahai anak omak
Alahai anak omak
Balik juo kau jang oi balik ke kampung
Balik juo kau jang oi balik ke kampung

Alahai anak omak
Alahai anak omak
Lamo bona kau jang oi poie morantau
Tak ado beghito pon ekau kirimkan
Alahai anak omak..

Iyo la kau jadi sojar jang??
Tak dapek nyo mak..
Abih?? Apo pulak kojo kau??
Juar dadah??
Heh?? Omak nih.. buek doso yo..

Jangan omak berhibo berhati hibo
Kebanda sei berkojo mengumpol ghoto
Tak berduek.. Mak oi.. kito dihino..
Apo nak buek.. sudahlah.. kohondak eh si kayo

Ujang kojo pagi potang
Tak kigho siang ko malam
Muko lobam naik pitam
Bebon teghebon esei jaghang..

Sian yo anak omak
Sian yo anak omak
Mendeghito kau jang oi di ghantau oghang
Mendeghito kau jang oi di ghantau oghang


Mak..
Apo laie??
Anu.. da beghapo anak milah tuh mak??
Bilo pulak beghanak eh??
Nikah heh pon bolom..
Ekau yang tak menyompek-nyompek
Milah tak jadi nikah mak??
Iyo.. Yahoo..
Suko bona kau jang??
Apo tak suko eh mak??
Anak limo tunggu dek oghang
Ini pulak bedaro.. joki sei tuh
Eh.. nak kemano pulak kau tu jang
Rumah milah..
Macam takdo ari lain
Kojap yo mak..
Jang.. Jang..

Jangan omak menyangko hai salah sangko
Hanyo sei nak berjumpo sekojap ajo
Nak boghitahu.. ayah eh.. belanjo dah ado
Biar hai lebar.. sonyum eh.. bakal pak mentuo..

Rumah milah topi sawah
Langsir eh berbungo biru
Jangan omak jangan marah
Sei poie jomput monantu

Ontah lah anak omak
Ontah lah anak omak
Tak soghik laie kau jang diumpek oghang
Tak soghik laie kau jang diumpek oghang

Alahai anak omak..


By:- aLLY NooR & MaSTuRa


Thanks to pG!!

posted by FeNDie @ 3:36 AM   0 comments
Tuesday, June 07, 2005
CiNTa PaNDaNGaN PeRTaMa
Ader ker "CiNTa PaNDaNGaN PeRTaMa" tuh???

Pada pandangan aku la..... kalau cinta pandangan pertama tuh jatuh pada.....

Perempuan.... Itu adalah cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata. Maklumla kan... cinta tuh mesti pada perempuan yang memiliki rupa paras yang cantik dan susuk tubuh yang menawan.

Kalau cinta pandangan pertama tuh jatuh pada.....

Lelaki.... Itu adalah cinta yang berlandaskan materialistik ataupun glamoristik. Biasa la.... pompuan nih kalau tengok lelaki kaya sket mesti deorang "himpit" lebih nyer tak pon cinta deorang yang tak tentu pasal pada artis lelaki yang masih solo dan tak kurang juga yang da berkahwin.

Dari pengalaman aku yang lepas, apa yang dapat aku simpulkan disini adalah "PaNDaNGaN PeRTaMa CiNTa" perlu menjadi teras dalam memilih calon yang sesuai untuk bercinta. Maksud aku tentang "PaNDaNGaN PeRTaMa CiNTa" adalah keperluan yang perlu ada dalam percintaan seperti KeSeTiaaN, KeJuJuRaN, KeSeRaSiaN, KeBeRToLaKaNSuRaN dan banyak lagi. Jika keperluan ini dapat dipraktikkan, insyaallah hubungan yang bakal dibina akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke anak cucu.

Jadi terpulanglah kepada semua orang sama ada mahu percaya pada "CiNTa PaNDaNGaN PeRTaMa" atau memperbetulkan "PaNDaNGaN PeRTaMa CiNTa" mereka terlebih dahulu......
posted by FeNDie @ 10:45 PM   2 comments
Monday, June 06, 2005
DiaLaH RaCuN DiaLaH PeNaWaR
Hari nih dah takder lagi puisi-puisi syahdu, dah takder lagi lelehan dan linangan air mata, dan juga takder lagi sesi Luahan rasa. Sudah cukup rasanya aku menulis dalam irama begitu. Cuma yang aku harapkan adalah kesihatan adik-adikku dan ucapan maaf serta salam peluk ciumku pada beberapa orang diterima. (aku masih menunggu balasan e-mail)

Terfikir sejenak di mindaku, mengapakah masih ada insan yang terlalu mengambil berat pada diriku??? Terlalu risau akan kehilanganku dalam beberapa jam ini??? Terlalu bertali arus mendail nombor handsetku pada hal aku mematikannya??? Terlalu sayang pada diriku???

Oh!!! baru aku tahu.... dia terlalu sayang padaku!!! dia terlalu baik padaku!!! dia terlalu jujur padaku!!! dia terlalu luhur padaku!!! dia terlalu setia padaku!!! dia terlalu mengharap padaku!!! Bertuah juga rupanya aku ini memiliki insan sebaik dia, sesejujur dia, seluhur dia, dan sesetia dia......

Mungkin orang akan berkata dia tidak cantik!!! dia tidak manis!!! dia tidak lawa!!! dia tidak serba-serbinya..... Tapi!!! adakah yang cantik itu kekal??? yang manis itu berterusan??? yang lawa itu sampai ke tua???

Ngeh..Ngeh..Ngeh!!! tersenyum sendiri aku. Getus hati kecilku kuat mengatakan bahawa "Tak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman, tak perlu mengharap teman setampan Yusuf jika diri tak setulus Zulaikha, tak perlu menjadi seteguh Ibrahim jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah, dan tak perlu dambakan teman hidup seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasulullah" (Ayat Pinjam dr seorang MiSi)

Baru aku sedar!!! aku telah banyak bersalah pada dia, banyak berbohong pada dia, banyak berdalih pada dia, banyak berkasar pada dia sehinggakan dia selalu berendamkan air mata. Tuhan.... berilah aku kekuatan untuk membahagiakan dia, menceriakan dia, mententeramkan dia dan membuat dia TERSENYUM. Kerna padaku senyumannya seindah suria dan hilai tawanya begitu mengasyikkan.

Biarlah di mata orang dia tidak cantik!!! dia tidak manis!!! dia tidak lawa!!! dia tidak serba-serbinya... Tapi padaku dialah yang paling cantik!!! dialah yang paling manis!!! dialah yang paling lawa!!!, "dialah racun dan dialah penawar"........
posted by FeNDie @ 10:32 PM   0 comments
Saturday, June 04, 2005
JaNGaN aDa HiBa
Bukan nista aku khabarkan,
Bukan tohmah aku lemparkan,
Bukan derita aku kirimkan,
Bukan juga air mata aku dambakan......


Andainya aku.....

Terlanjur tangan mencoret tinta,
Terlajak mulut berkata-kata,
Terguris pedih hati yang hiba,

Kumohon MaaF setulus nada....


Aku hanya.....

Meluah ikhlas sekadar rasa,
Merintih lembut selunak suara,
Menulis puisi secantik bahasa,
Dan juga memohon pada yang Esa....


Agar.....

Tiada hati berulam duka,
Tiada gundah bermaharajalela,
Tiada racun membunuh jiwa,
Dan tiada bisa meragut nyawa......


Supaya nanti.....

Kita ramah bertegur sapa,
Kita mesra seperti sediakala,
Kita tenang bersama-sama,
Bertepuk tampar menceria suasana.


Kerana kita.....

Mampu merubah detik dan ketika,
Mampu merasa apa yang SiRNa,
Mampu memaaf setiap dosa,
Dan mampu menjalin kasih dan mesra.



MaMPuKaH KiTa?







posted by FeNDie @ 10:58 PM   0 comments
Friday, June 03, 2005
SiRNaNYa HiLai TaWa
KeMaNG...

Satu nama yang tidak asing bagi kami yang bersekutu di LaMBaiaN DaNau. Antara insan yang paling ceria dan kerap menceriakan suasana tatkala kepenatan menyelubungi jasad dan minda semasa bertugas. Selaku adik yang paling junior dikalangan kami, tetapi gelagat dan kerenahnya membuatkan kami semua tak kering gusi.

Siapa sangka?? Insan yang begini riang dan aktif kini telah diuji dengan ujian yang berat....
Siapa sangka?? Insan yang begini ramah dan rajin kini telah diduga dengan dugaan yang hebat....
Siapa sangka?? Insan yang begini tekun dan tabah kini telah dikurniakan dengan penyakit yang tenat....

Tiada terduga dan tidak tersangka, sungguh berat ujian yang dikurniakan olehNya.
Mujur seribu kali mujur, dapat dikesan diperingkat awal. Semoga KeMaNG tabah mengharungi segala rintangan yang bakal mendatang....

Moga KeMaNG cepat sembuh, diberi kesihatan dan pulih seperti sediakala. Kami rindukan gelak tawanya, kami dendamkan riuh suaranya, kami dambakan ketajaman sindirannya.....

Tidak dilupakan juga pada DiNo yang terlebih dahulu telah menderitai penyakit ini. Betapa kami bangga mempunyai saudara yang setabah dan sekental DiNo.....

Ya ALLAH... Ya RaHMaN... Ya RaHiM......
Kau peliharakanlah adik-adik kami ini, Kau sembuhkanlah adik-adik kami ini, Kau tabahkanlah hati adik-adik kami ini dalam menerima ujianMu Ya ALLAH...... Hanya padaMu Ya ALLAH tempat kami bermohon.... Amin ya Rabbal a'lamin




posted by FeNDie @ 8:52 PM   0 comments
Thursday, June 02, 2005
ReNTeTaN PaNDaNGaN HiDuP
Lama sungguh rasanya aku tidak menulis, banyak yang menghalang aku dari menulis sesuatu yang aku ingin tulis.....

Setelah beberapa tahun aku berada di MeLaKa, aku dapati ada sesuatu yang terlalu menghantui diri ini, terlalu menghimpit perasaan ini, terlalu mengguris hati ini, dan terlalu mencengkam dada ini..... inilah yang dinamakan asam garam kehidupan.

Banyak pengalaman yang aku kutip dari garis kehidupan aku sebagai seorang yang bergelar "MaNuSia"

Terlalu banyak kisah suka dan duka telah terbuku dihati ini. Aku rasakan diriku semakin matang dalam menilai antara KaCa dan PeRMaTa......

Mungkin kematangan ini aku perolehi setelah bertahun lamanya aku memandang dan berfikir tentang apa yang terjadi di depan mata, apa yang terdengar di corong telinga dan apa yang terucap di pinggir bibir.

MeLaKa...
Sebuah tempat yang mengajar aku erti kehidupan, tempat yang mengajar aku erti persahabatan, tempat yang mengajar aku erti ketuanan, tempat yang mengajar aku erti kasih-sayang...... tapi entahlah!!

Tiba-tiba hati aku sayu mengenangkan semua yang berlaku, sebuah tempat yang aku "SaYaNG" kini kurasa seperti tidak "MeRiaH" dan tidak "LeNGKaP", seperti tiada lagi "KaSiH-SaYaNG" untuk kami semua.....

Kemana hilangnya "HiLai TaWa" dan "SeNDa GuRau"?? Kemana perginya "TePuK-TaMPaR" dan " GeLeK TaRi"??
Mungkin semuanya tidak lagi seindah dulu, tidak lagi semesra dulu, tidak lagi seakrab dulu, tidak lagi sesusah dulu, tidak lagi seramai dulu, tidak lagi sekecoh dulu, tidak lagi semeriah dulu atau...... hanya aku yang terlalu mendambakan kenangan lalu???

Mengapa ada sesuatu yang "BeRuBaH"?? dan mengapa pula ada sesuatu yang "MaSiH TiDaK BeRuBaH"?? Mengapa antara perubahan dan ketetapan ini disongsangkan?? Mengapa ada hati yang di"PiNGGiRKaN"?? Mengapa ada tawa yang di"CiPTaKaN"?? Mengapa ada janji yang di"MuNGKiRKaN"?? Mengapa ada perasaan yang di"LuKaKaN"?? dan mengapa ada "aNaK YaNG DiSiSiHKaN" dan "DiBeZa-BeZaKaN"??

DoaKu...
Satu hari nanti, tempat yang terlalu kusayang ini akan kembali seperti "SediaKaLa", kembali menyinarkan "KaSiH-SaYaNGNYa", kembali mengeratkan "SiLaTuRRaHiMNYa", kembali memecah keheningan dengan "HiLai TaWaNYa", dan kembali mendakap erat kesemua "aNaK-aNaKNYa".......

Ya ALLAH, Ya Tuhanku.....
Kau makbulkanlah doa seorang anak ini ya ALLAH, doa seorang anak yang mengharapkan doa adik beradiknya yang lain di makbulkan...... Jadikan kami ini sebagai anak-anak yang soleh dan solehah ya ALLAH.... Amin ya Rabbal a'lamin....

posted by FeNDie @ 2:40 PM   1 comments


Hidup Aku

    *FeNDie MiNHaT*
    MeLaKa, MaLaYSia
    eNGiNeeRiNG FieLD
    MaRRieD aND NoT aVaiLaBLe...
Coretan Hidupku
Sejarah Hidupku
Pelengkap Hidupku
Nadi Kehidupanku

SuaRa-SuaRa MeRDu!!

Ruang Menceria Hidupku
Terima Kasihku :
15n41n1
Geng Jurnal Powered by Blogger
 
Image hosted by TinyPic.com