Friday, June 03, 2005 |
SiRNaNYa HiLai TaWa |
KeMaNG...
Satu nama yang tidak asing bagi kami yang bersekutu di LaMBaiaN DaNau. Antara insan yang paling ceria dan kerap menceriakan suasana tatkala kepenatan menyelubungi jasad dan minda semasa bertugas. Selaku adik yang paling junior dikalangan kami, tetapi gelagat dan kerenahnya membuatkan kami semua tak kering gusi.
Siapa sangka?? Insan yang begini riang dan aktif kini telah diuji dengan ujian yang berat.... Siapa sangka?? Insan yang begini ramah dan rajin kini telah diduga dengan dugaan yang hebat.... Siapa sangka?? Insan yang begini tekun dan tabah kini telah dikurniakan dengan penyakit yang tenat....
Tiada terduga dan tidak tersangka, sungguh berat ujian yang dikurniakan olehNya. Mujur seribu kali mujur, dapat dikesan diperingkat awal. Semoga KeMaNG tabah mengharungi segala rintangan yang bakal mendatang....
Moga KeMaNG cepat sembuh, diberi kesihatan dan pulih seperti sediakala. Kami rindukan gelak tawanya, kami dendamkan riuh suaranya, kami dambakan ketajaman sindirannya.....
Tidak dilupakan juga pada DiNo yang terlebih dahulu telah menderitai penyakit ini. Betapa kami bangga mempunyai saudara yang setabah dan sekental DiNo.....
Ya ALLAH... Ya RaHMaN... Ya RaHiM...... Kau peliharakanlah adik-adik kami ini, Kau sembuhkanlah adik-adik kami ini, Kau tabahkanlah hati adik-adik kami ini dalam menerima ujianMu Ya ALLAH...... Hanya padaMu Ya ALLAH tempat kami bermohon.... Amin ya Rabbal a'lamin
|
posted by FeNDie @ 8:52 PM |
|
|
|