Image hosted by TinyPic.com
Pandangan Hidup
 
Monday, June 06, 2005
DiaLaH RaCuN DiaLaH PeNaWaR
Hari nih dah takder lagi puisi-puisi syahdu, dah takder lagi lelehan dan linangan air mata, dan juga takder lagi sesi Luahan rasa. Sudah cukup rasanya aku menulis dalam irama begitu. Cuma yang aku harapkan adalah kesihatan adik-adikku dan ucapan maaf serta salam peluk ciumku pada beberapa orang diterima. (aku masih menunggu balasan e-mail)

Terfikir sejenak di mindaku, mengapakah masih ada insan yang terlalu mengambil berat pada diriku??? Terlalu risau akan kehilanganku dalam beberapa jam ini??? Terlalu bertali arus mendail nombor handsetku pada hal aku mematikannya??? Terlalu sayang pada diriku???

Oh!!! baru aku tahu.... dia terlalu sayang padaku!!! dia terlalu baik padaku!!! dia terlalu jujur padaku!!! dia terlalu luhur padaku!!! dia terlalu setia padaku!!! dia terlalu mengharap padaku!!! Bertuah juga rupanya aku ini memiliki insan sebaik dia, sesejujur dia, seluhur dia, dan sesetia dia......

Mungkin orang akan berkata dia tidak cantik!!! dia tidak manis!!! dia tidak lawa!!! dia tidak serba-serbinya..... Tapi!!! adakah yang cantik itu kekal??? yang manis itu berterusan??? yang lawa itu sampai ke tua???

Ngeh..Ngeh..Ngeh!!! tersenyum sendiri aku. Getus hati kecilku kuat mengatakan bahawa "Tak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman, tak perlu mengharap teman setampan Yusuf jika diri tak setulus Zulaikha, tak perlu menjadi seteguh Ibrahim jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah, dan tak perlu dambakan teman hidup seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasulullah" (Ayat Pinjam dr seorang MiSi)

Baru aku sedar!!! aku telah banyak bersalah pada dia, banyak berbohong pada dia, banyak berdalih pada dia, banyak berkasar pada dia sehinggakan dia selalu berendamkan air mata. Tuhan.... berilah aku kekuatan untuk membahagiakan dia, menceriakan dia, mententeramkan dia dan membuat dia TERSENYUM. Kerna padaku senyumannya seindah suria dan hilai tawanya begitu mengasyikkan.

Biarlah di mata orang dia tidak cantik!!! dia tidak manis!!! dia tidak lawa!!! dia tidak serba-serbinya... Tapi padaku dialah yang paling cantik!!! dialah yang paling manis!!! dialah yang paling lawa!!!, "dialah racun dan dialah penawar"........
posted by FeNDie @ 10:32 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 


Hidup Aku

    *FeNDie MiNHaT*
    MeLaKa, MaLaYSia
    eNGiNeeRiNG FieLD
    MaRRieD aND NoT aVaiLaBLe...
Coretan Hidupku
Sejarah Hidupku
Pelengkap Hidupku
Nadi Kehidupanku

SuaRa-SuaRa MeRDu!!

Ruang Menceria Hidupku
Terima Kasihku :
15n41n1
Geng Jurnal Powered by Blogger
 
Image hosted by TinyPic.com