Sunday, July 24, 2005 |
MaTa oH MaTa.. |
Weekend lepas aku sibuk sangat!! Ke'Sibuk'kan yang menuntut aku agar banyak bersabar dan berusaha. Banyak perkara yang bersangkutan mata telah aku lalui dan atasi.. antaranya adalah:-
BeR'TeNTaNG' MaTa Apabila 'MaTa bertentang MaTa', LiDaH KeLu untuk BeR'KaTa-KaTa'
BeR'SeNGKaNG' MaTa Rekod terbaik pernah aku catatkan (Tidur selama 2 jam untuk berjaga selama 48 jam)
MeN'CuCi' MaTa Baru aku tahu ada yang 'TiDaK MeNGiZiNKaN' aku untuk berbuat demikian
BeR'aiR' MaTa KeLuHuRaN BuDi & KeTuLuSaN HaTiNYa memenangi 'JiWa & RaGa'ku
Ber'Putih' MaTa Aku lebih 'ReLa' begini dari 'MeNGHaNCuRKaN SeGaLaNya'
TuHaN.. Kau berkatilah perjalanan hidup kami ini.. Semoga 'KaMi' tabah mengharungi setiap 'DuGaaN' yang mendatang.. aMiN |
posted by FeNDie @ 10:49 PM |
|
Friday, July 15, 2005 |
KaTa oRaNG.. KaTa aKu.. |
KaTa oRaNG.. aku silap KaTa aKu.. semua orang pun buat silap
KaTa oRaNG.. aku salah KaTa aKu.. memang aku mengaku aku pernah buat salah
KaTa oRaNG.. aku kejam KaTa aKu.. lebih baik dari aku kejam pada diri aku sendiri
KaTa oRaNG.. aku bodoh KaTa aKu.. lebih baik dari aku bodoh selamanya
KaTa oRaNG.. aku buta KaTa aKu.. harap-harap hati aku tidak buta
KaTa oRaNG.. aku degil KaTa aKu.. memang aku degil..heheh
KaTa oRaNG.. aku rugi KaTa aKu.. biar aku rugi sekarang
KaTa oRaNG.. hati aku keras KaTa aKu.. tak tahu pula aku..sebab kadang-kadang hati aku menangis
KaTa oRaNG.. aku bertuah KaTa aKu.. yer la kot..hehe.. |
posted by FeNDie @ 4:13 PM |
|
Wednesday, July 06, 2005 |
Kau DiPaKSa aKu TeRPaKSa |
Mungkin ada yang mengatakan aku KeJaM!! Mungkin juga MeMeNTiNGKaN DiRi .. Tapi aku pasrah dengan ketentuanNya..
Berapa lama lagi harus kupendam rasa yang terbuku ini?? Berapa lama lagi harus kuperam luka yang berdarah ini?? Aku tidak kuasa memikirkan di mana silapnya.. Aku tidak kuasa memikirkan siapa yang salah.. Jika kutunding jari telunjukku.. Pastinya jemari yang lain akan menunding kearahku!!
Biarlah!! Biarlah aku yang dituduh KeJaM!! Biarlah aku yang dituduh MeMeNTiNGKaN DiRi!! Aku lebih rela begitu dari membiarkan duri yang tersemat kemas itu menjadi nanah.. Aku lebih rela begitu dari membesarkan beban di batu jemalaku..
Biarlah ianya berakhir dengan cepat, secepat kilat dilangit.. Kerana aku tidak mampu melihat derita yang ditanggungnya.. Biarlah ianya terlerai dengan pantas, sepantas kuda berlari.. Kerana aku tidak sanggup melihat air matanya terjurai..
Biarlah aku yang berundur dengan 1001 alasan Biarlah aku yang berundur dengan 1001 penyesalan Biarlah aku yang berundur dengan 1001 tangisan
KuDoakan kau bahagia KuDoakan kau gembira KuDoakan kau sejahtera
Kerana KaSiH DaN KaSiHaN banyak PeRBeZaaN!! |
posted by FeNDie @ 4:31 AM |
|
|
|