Wednesday, June 15, 2005 |
C.a.i.R |
Kenapa perlu ada suara yang kata aku akan tertawan pada rupa paras?? Kenapa perlu ada suara yang kata aku akan tertarik pada kecantikan?? Kenapa perlu ada suara yang kata aku akan terpegun pada keayuan??
Cantik!! Memang cantik!! Ayu!! Memang ayu!! Manis!! Memang manis!!
Bukanlah niat untuk menidakkan apa yang iya dan mengiyakan apa yang tidak.
Yang iya diiyakan.. Yang tidak ditidakkan..
Lumrah alam.. sememangnya manusia itu akan tertarik pada kecantikan!!
Aku juga begitu!! Tapi tidaklah sampai melupakan siapa yang bertakhta dihati ini!! Aku juga begitu!! Tapi tidaklah sampai membelakangkan tuan yang empunya jiwa ini!! Aku juga begitu!! Tapi tidaklah sampai menidakkan apa yang iya & mengiyakan apa yang tidak!!
Yang dahulu.. didahulukan Yang kemudian.. dikemudiankan
Kerana "PaNDaNGaN PeRTaMa CiNTa" berbeza dari "CiNTa PaNDaNGaN PeRTaMa" |
posted by FeNDie @ 4:20 PM |
|
Monday, June 13, 2005 |
LaTaR BeLaKaNG |
Setelah beberapa ketika aku membuat pilihan terhadap koleksi lagu melayu yang aku miliki, akhirnya aku membuat keputusan untuk menggunakan lagu "aLaHai aNaK oMaK" sebagai muzik latar bagi blog "PaNDaNGaN HiDuP" aku ini.
Bukan sahaja kerana keunikan loghat yang digunakan dalam penyampaian lagu tersebut, tetapi maksud yang tersirat dan tersurat disebalik liriknya juga membuat aku berfikir panjang. Banyak persamaan antara lagu ini dan diri aku... dan yang paling ketara adalah.... aKu aNaK eMaK!!
Mak.. ooo mak!! Mano pulak poie eh oghang tuo nih?? Sonyap yo. Dah lolap agak eh?
Mak.. Capo pulak terlomak lomak tongah malam buto nih?? Eh capo dio tu?? Ujang.. anak omak..
Ekau jang?? Iyo.. ujang..
Alahai anak omak Alahai anak omak Balik juo kau jang oi balik ke kampung Balik juo kau jang oi balik ke kampung
Alahai anak omak Alahai anak omak Lamo bona kau jang oi poie morantau Tak ado beghito pon ekau kirimkan Alahai anak omak..
Iyo la kau jadi sojar jang?? Tak dapek nyo mak.. Abih?? Apo pulak kojo kau?? Juar dadah?? Heh?? Omak nih.. buek doso yo..
Jangan omak berhibo berhati hibo Kebanda sei berkojo mengumpol ghoto Tak berduek.. Mak oi.. kito dihino.. Apo nak buek.. sudahlah.. kohondak eh si kayo
Ujang kojo pagi potang Tak kigho siang ko malam Muko lobam naik pitam Bebon teghebon esei jaghang..
Sian yo anak omak Sian yo anak omak Mendeghito kau jang oi di ghantau oghang Mendeghito kau jang oi di ghantau oghang
Mak.. Apo laie?? Anu.. da beghapo anak milah tuh mak?? Bilo pulak beghanak eh?? Nikah heh pon bolom.. Ekau yang tak menyompek-nyompek Milah tak jadi nikah mak?? Iyo.. Yahoo.. Suko bona kau jang?? Apo tak suko eh mak?? Anak limo tunggu dek oghang Ini pulak bedaro.. joki sei tuh Eh.. nak kemano pulak kau tu jang Rumah milah.. Macam takdo ari lain Kojap yo mak.. Jang.. Jang..
Jangan omak menyangko hai salah sangko Hanyo sei nak berjumpo sekojap ajo Nak boghitahu.. ayah eh.. belanjo dah ado Biar hai lebar.. sonyum eh.. bakal pak mentuo..
Rumah milah topi sawah Langsir eh berbungo biru Jangan omak jangan marah Sei poie jomput monantu
Ontah lah anak omak Ontah lah anak omak Tak soghik laie kau jang diumpek oghang Tak soghik laie kau jang diumpek oghang
Alahai anak omak..
By:- aLLY NooR & MaSTuRa
Thanks to pG!!
|
posted by FeNDie @ 3:36 AM |
|
Tuesday, June 07, 2005 |
CiNTa PaNDaNGaN PeRTaMa |
Ader ker "CiNTa PaNDaNGaN PeRTaMa" tuh???
Pada pandangan aku la..... kalau cinta pandangan pertama tuh jatuh pada.....
Perempuan.... Itu adalah cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata. Maklumla kan... cinta tuh mesti pada perempuan yang memiliki rupa paras yang cantik dan susuk tubuh yang menawan.
Kalau cinta pandangan pertama tuh jatuh pada.....
Lelaki.... Itu adalah cinta yang berlandaskan materialistik ataupun glamoristik. Biasa la.... pompuan nih kalau tengok lelaki kaya sket mesti deorang "himpit" lebih nyer tak pon cinta deorang yang tak tentu pasal pada artis lelaki yang masih solo dan tak kurang juga yang da berkahwin.
Dari pengalaman aku yang lepas, apa yang dapat aku simpulkan disini adalah "PaNDaNGaN PeRTaMa CiNTa" perlu menjadi teras dalam memilih calon yang sesuai untuk bercinta. Maksud aku tentang "PaNDaNGaN PeRTaMa CiNTa" adalah keperluan yang perlu ada dalam percintaan seperti KeSeTiaaN, KeJuJuRaN, KeSeRaSiaN, KeBeRToLaKaNSuRaN dan banyak lagi. Jika keperluan ini dapat dipraktikkan, insyaallah hubungan yang bakal dibina akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke anak cucu.
Jadi terpulanglah kepada semua orang sama ada mahu percaya pada "CiNTa PaNDaNGaN PeRTaMa" atau memperbetulkan "PaNDaNGaN PeRTaMa CiNTa" mereka terlebih dahulu...... |
posted by FeNDie @ 10:45 PM |
|
Monday, June 06, 2005 |
DiaLaH RaCuN DiaLaH PeNaWaR |
Hari nih dah takder lagi puisi-puisi syahdu, dah takder lagi lelehan dan linangan air mata, dan juga takder lagi sesi Luahan rasa. Sudah cukup rasanya aku menulis dalam irama begitu. Cuma yang aku harapkan adalah kesihatan adik-adikku dan ucapan maaf serta salam peluk ciumku pada beberapa orang diterima. (aku masih menunggu balasan e-mail)
Terfikir sejenak di mindaku, mengapakah masih ada insan yang terlalu mengambil berat pada diriku??? Terlalu risau akan kehilanganku dalam beberapa jam ini??? Terlalu bertali arus mendail nombor handsetku pada hal aku mematikannya??? Terlalu sayang pada diriku???
Oh!!! baru aku tahu.... dia terlalu sayang padaku!!! dia terlalu baik padaku!!! dia terlalu jujur padaku!!! dia terlalu luhur padaku!!! dia terlalu setia padaku!!! dia terlalu mengharap padaku!!! Bertuah juga rupanya aku ini memiliki insan sebaik dia, sesejujur dia, seluhur dia, dan sesetia dia......
Mungkin orang akan berkata dia tidak cantik!!! dia tidak manis!!! dia tidak lawa!!! dia tidak serba-serbinya..... Tapi!!! adakah yang cantik itu kekal??? yang manis itu berterusan??? yang lawa itu sampai ke tua???
Ngeh..Ngeh..Ngeh!!! tersenyum sendiri aku. Getus hati kecilku kuat mengatakan bahawa "Tak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman, tak perlu mengharap teman setampan Yusuf jika diri tak setulus Zulaikha, tak perlu menjadi seteguh Ibrahim jika diri tak sekuat Hajar dan Sarah, dan tak perlu dambakan teman hidup seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasulullah" (Ayat Pinjam dr seorang MiSi)
Baru aku sedar!!! aku telah banyak bersalah pada dia, banyak berbohong pada dia, banyak berdalih pada dia, banyak berkasar pada dia sehinggakan dia selalu berendamkan air mata. Tuhan.... berilah aku kekuatan untuk membahagiakan dia, menceriakan dia, mententeramkan dia dan membuat dia TERSENYUM. Kerna padaku senyumannya seindah suria dan hilai tawanya begitu mengasyikkan.
Biarlah di mata orang dia tidak cantik!!! dia tidak manis!!! dia tidak lawa!!! dia tidak serba-serbinya... Tapi padaku dialah yang paling cantik!!! dialah yang paling manis!!! dialah yang paling lawa!!!, "dialah racun dan dialah penawar"........ |
posted by FeNDie @ 10:32 PM |
|
Saturday, June 04, 2005 |
JaNGaN aDa HiBa |
Bukan nista aku khabarkan, Bukan tohmah aku lemparkan, Bukan derita aku kirimkan, Bukan juga air mata aku dambakan......
Andainya aku.....
Terlanjur tangan mencoret tinta, Terlajak mulut berkata-kata, Terguris pedih hati yang hiba, Kumohon MaaF setulus nada....
Aku hanya.....
Meluah ikhlas sekadar rasa, Merintih lembut selunak suara, Menulis puisi secantik bahasa, Dan juga memohon pada yang Esa....
Agar.....
Tiada hati berulam duka, Tiada gundah bermaharajalela, Tiada racun membunuh jiwa, Dan tiada bisa meragut nyawa......
Supaya nanti.....
Kita ramah bertegur sapa, Kita mesra seperti sediakala, Kita tenang bersama-sama, Bertepuk tampar menceria suasana.
Kerana kita.....
Mampu merubah detik dan ketika, Mampu merasa apa yang SiRNa, Mampu memaaf setiap dosa, Dan mampu menjalin kasih dan mesra.
MaMPuKaH KiTa?
|
posted by FeNDie @ 10:58 PM |
|
Friday, June 03, 2005 |
SiRNaNYa HiLai TaWa |
KeMaNG...
Satu nama yang tidak asing bagi kami yang bersekutu di LaMBaiaN DaNau. Antara insan yang paling ceria dan kerap menceriakan suasana tatkala kepenatan menyelubungi jasad dan minda semasa bertugas. Selaku adik yang paling junior dikalangan kami, tetapi gelagat dan kerenahnya membuatkan kami semua tak kering gusi.
Siapa sangka?? Insan yang begini riang dan aktif kini telah diuji dengan ujian yang berat.... Siapa sangka?? Insan yang begini ramah dan rajin kini telah diduga dengan dugaan yang hebat.... Siapa sangka?? Insan yang begini tekun dan tabah kini telah dikurniakan dengan penyakit yang tenat....
Tiada terduga dan tidak tersangka, sungguh berat ujian yang dikurniakan olehNya. Mujur seribu kali mujur, dapat dikesan diperingkat awal. Semoga KeMaNG tabah mengharungi segala rintangan yang bakal mendatang....
Moga KeMaNG cepat sembuh, diberi kesihatan dan pulih seperti sediakala. Kami rindukan gelak tawanya, kami dendamkan riuh suaranya, kami dambakan ketajaman sindirannya.....
Tidak dilupakan juga pada DiNo yang terlebih dahulu telah menderitai penyakit ini. Betapa kami bangga mempunyai saudara yang setabah dan sekental DiNo.....
Ya ALLAH... Ya RaHMaN... Ya RaHiM...... Kau peliharakanlah adik-adik kami ini, Kau sembuhkanlah adik-adik kami ini, Kau tabahkanlah hati adik-adik kami ini dalam menerima ujianMu Ya ALLAH...... Hanya padaMu Ya ALLAH tempat kami bermohon.... Amin ya Rabbal a'lamin
|
posted by FeNDie @ 8:52 PM |
|
Thursday, June 02, 2005 |
ReNTeTaN PaNDaNGaN HiDuP |
Lama sungguh rasanya aku tidak menulis, banyak yang menghalang aku dari menulis sesuatu yang aku ingin tulis.....
Setelah beberapa tahun aku berada di MeLaKa, aku dapati ada sesuatu yang terlalu menghantui diri ini, terlalu menghimpit perasaan ini, terlalu mengguris hati ini, dan terlalu mencengkam dada ini..... inilah yang dinamakan asam garam kehidupan.
Banyak pengalaman yang aku kutip dari garis kehidupan aku sebagai seorang yang bergelar "MaNuSia"
Terlalu banyak kisah suka dan duka telah terbuku dihati ini. Aku rasakan diriku semakin matang dalam menilai antara KaCa dan PeRMaTa......
Mungkin kematangan ini aku perolehi setelah bertahun lamanya aku memandang dan berfikir tentang apa yang terjadi di depan mata, apa yang terdengar di corong telinga dan apa yang terucap di pinggir bibir.
MeLaKa... Sebuah tempat yang mengajar aku erti kehidupan, tempat yang mengajar aku erti persahabatan, tempat yang mengajar aku erti ketuanan, tempat yang mengajar aku erti kasih-sayang...... tapi entahlah!!
Tiba-tiba hati aku sayu mengenangkan semua yang berlaku, sebuah tempat yang aku "SaYaNG" kini kurasa seperti tidak "MeRiaH" dan tidak "LeNGKaP", seperti tiada lagi "KaSiH-SaYaNG" untuk kami semua.....
Kemana hilangnya "HiLai TaWa" dan "SeNDa GuRau"?? Kemana perginya "TePuK-TaMPaR" dan " GeLeK TaRi"?? Mungkin semuanya tidak lagi seindah dulu, tidak lagi semesra dulu, tidak lagi seakrab dulu, tidak lagi sesusah dulu, tidak lagi seramai dulu, tidak lagi sekecoh dulu, tidak lagi semeriah dulu atau...... hanya aku yang terlalu mendambakan kenangan lalu???
Mengapa ada sesuatu yang "BeRuBaH"?? dan mengapa pula ada sesuatu yang "MaSiH TiDaK BeRuBaH"?? Mengapa antara perubahan dan ketetapan ini disongsangkan?? Mengapa ada hati yang di"PiNGGiRKaN"?? Mengapa ada tawa yang di"CiPTaKaN"?? Mengapa ada janji yang di"MuNGKiRKaN"?? Mengapa ada perasaan yang di"LuKaKaN"?? dan mengapa ada "aNaK YaNG DiSiSiHKaN" dan "DiBeZa-BeZaKaN"??
DoaKu... Satu hari nanti, tempat yang terlalu kusayang ini akan kembali seperti "SediaKaLa", kembali menyinarkan "KaSiH-SaYaNGNYa", kembali mengeratkan "SiLaTuRRaHiMNYa", kembali memecah keheningan dengan "HiLai TaWaNYa", dan kembali mendakap erat kesemua "aNaK-aNaKNYa".......
Ya ALLAH, Ya Tuhanku..... Kau makbulkanlah doa seorang anak ini ya ALLAH, doa seorang anak yang mengharapkan doa adik beradiknya yang lain di makbulkan...... Jadikan kami ini sebagai anak-anak yang soleh dan solehah ya ALLAH.... Amin ya Rabbal a'lamin....
|
posted by FeNDie @ 2:40 PM |
|
|
|