Wednesday, July 06, 2005 |
Kau DiPaKSa aKu TeRPaKSa |
Mungkin ada yang mengatakan aku KeJaM!! Mungkin juga MeMeNTiNGKaN DiRi .. Tapi aku pasrah dengan ketentuanNya..
Berapa lama lagi harus kupendam rasa yang terbuku ini?? Berapa lama lagi harus kuperam luka yang berdarah ini?? Aku tidak kuasa memikirkan di mana silapnya.. Aku tidak kuasa memikirkan siapa yang salah.. Jika kutunding jari telunjukku.. Pastinya jemari yang lain akan menunding kearahku!!
Biarlah!! Biarlah aku yang dituduh KeJaM!! Biarlah aku yang dituduh MeMeNTiNGKaN DiRi!! Aku lebih rela begitu dari membiarkan duri yang tersemat kemas itu menjadi nanah.. Aku lebih rela begitu dari membesarkan beban di batu jemalaku..
Biarlah ianya berakhir dengan cepat, secepat kilat dilangit.. Kerana aku tidak mampu melihat derita yang ditanggungnya.. Biarlah ianya terlerai dengan pantas, sepantas kuda berlari.. Kerana aku tidak sanggup melihat air matanya terjurai..
Biarlah aku yang berundur dengan 1001 alasan Biarlah aku yang berundur dengan 1001 penyesalan Biarlah aku yang berundur dengan 1001 tangisan
KuDoakan kau bahagia KuDoakan kau gembira KuDoakan kau sejahtera
Kerana KaSiH DaN KaSiHaN banyak PeRBeZaaN!! |
posted by FeNDie @ 4:31 AM |
|
|
|